Sila rujuk http://mawifc.com/news_read.aspx?newsid=14 untuk berita penuh..
"Malah, Mawi adalah satu-satunya penyanyi bertuah kerana mempunyai kelab peminat yang akan menyokongnya di dalam keadaan apa jua sekalipun. Difahamkan MawiFC mempunyai lebih 5,000 ahli yang berdaftar di dalam dan di luar negara.
Sikap prihatin MawiFC yang sentiasa menyokong karier Mawi dari belakang tanpa mengharapkan publisiti seharusnya menjadi pendorong pada Mawi untuk terus memajukan diri.
Tidak keterlaluan kalau dikatakan kemenangan Mawi adalah kemenangan Mawi FC juga dan penggerak utama jentera komiti ‘undian’ disebabkan pengelolaan dan kebijaksanaan presidennya Rozita Shahadan.
"Tentulah perasaan gembira yang amat sangat apabila Mawi berjaya. Di kesempatan ini, saya bagi pihak pengurusan MawiFC ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua penyokong, peminat, pengundi yang telah mengundi Mawi sehingga berjaya mencapai keputusan yang amat memberangsangkan," kata Rozita. "
Berdasarkan petikan artikel/berita/cerita dongeng di atas,memang nampak sangat mawi ni tak berbakat sebab menang semua nya dengan "SMS".Kan elok kalau duit yang nak guna "SMS" kat mawi tu derma kat mangsa gempa bumi ka,orang2 lebanon ka.. bleh gak dapat pahala.. ni hampa dok "SMS" mawi,hampa apa dok takdak..