"Sebanyak 32 orang kenamaan akan duduk di meja-meja utama dan dijamu dengan 12 jenis menu dengan kos mencecah RM297,000.
Antara menu itu ialah Kerana Jelingan Sup Ekor Berempah, Purnama Merindu Nasi Kabuli, Nasi Putih Kukus Daun Pandan Berpantun Kasih dan Ikan Kerapu Goreng Tepung Bersama Sos Pedas Bunga Kantan Nian Di Hati." - Perkahwinan Siti-Datuk K
12 jenis menu dengan kos mencecah RM297,000 untuk 32 orang kenamaan.
Setiap orang kenamaan boleh menikmati satu hidangan dengan 12 jenis menu.
Secara puratanya, (dengan kiraan RM297,000 / 32 orang) setiap seorang menikmati hidangan yang berharga RM9281.25.
Setiap menu yang dinikmati oleh seorang, secara puratanya (dengan kiraan RM9281.25 / 12 menu) berharga RM773.44.
Cuba bandingkan kos SATU HIDANGAN untuk SEORANG yang berharga RM9281.25 yang dimakan SEKALI WAKTU ....
dengan kos SATU HIDANGAN untuk ANDA SEORANG yang dimakan SEKALI WAKTU. Berapa anggaran kos satu hidangan yang anda makan? Berapa pula jumlah menunya? Berapa anggaran kos untuk satu menu?
Cuba bandingkan kos SATU HIDANGAN untuk SEORANG yang berharga RM9281.25 yang dimakan SEKALI WAKTU ....
dengan kos SATU HIDANGAN yang dimakan SEKALI WAKTU
untuk SEORANG MANGSA KRISIS DI LUBNAN, atau untuk MANGSA PERANG DI IRAQ, atau untuk SEORANG DI RUMAH ANAK YATIM, atau untuk SEORANG BALU YANG MISKIN, atau untuk SEORANG ANAK BALU YANG MISKIN, atau untuk SEORANG AYAH ATAU IBU YANG MENANGGUNG ANAKNYA YANG MENDERITA KANSER, atau untuk SEORANG MANGSA BENCANA ALAM, atau untuk SEORANG...(ANDA BOLEH TAMBAH SENDIRI).
Berapa anggaran kos satu hidangan yang mereka makan? Berapa pula jumlah menunya? Berapa anggaran kos untuk satu menu?
Hidangan berharga RM9281.25 terhidang dimeja dengan 12 menu, untuk santapan seorang kenamaan... 'selamat menjamu selera'...