Walau sedikit pelik tajuk aku ini, tapi rasa patut aku kongsikan dengan kau orang semua terutama kepada pemborong, peruncit, pekedai malah kalau-kalau ada pengguna yang sudi cuba…
Sebelum itu sedikit mukadimah. Sekarang ini adalah zaman untuk kerajaan Islam Tamadhun "membela" rakyat, maka pelbagai kenaikan harga "perlu" dilakukan untuk menambah hasil kerajaan dan poket kerajaan.
Dengan hasil pendapatan tersebut maka bolehlah kerajaan membangunkan pelbagai kemudahan kepada golongan yang berpendapatan rendah seperti penoreh, petani, nelayan dan yang sedaif sepertinya. Projek-projek yang dimaksudkan adalah seperti padang golf 18 lubang (untuk penoreh dan nelayan melepas penat selepas bekerja), lapangan terbang antarabangsa (untuk nelayan, penoreh dan petani mengeksport hasil mereka ke luar negara), perkampungan pelancongan atau marina (untuk nelayan buat latihan dan membaiki bot mereka) dan bermacam-macammmmmm lagi "kesenangan" buat rakyat yang berpendapatan rendah semua.
Dan projek-projek tu semua akan kerajaan "tenderkan" kepada Ah Chong, Balakrisnan, John. Ini pun untuk kesenangan rakyat semua… eh... kenapa terkejut? Kan semua tu saudara dan sepupu kau orang semua… apa salahnya... kan untuk kesenangan kita semuaaaaaa….
Rasanya cukuplah mukadimah tersebut. Kita berbalik kepada "petua" yang nak aku sampaikan... tetapi sebelum tu dinasihat kepada semua syarikat pengangkutan, pastikan pemandu-pemandu lori kamu jangan isi "air" dalam tangki... isi minyak sepenuhnya.
Petuanya ialah:
i. Permulaannya kau pastikan barang-barang yang nak dinaikkan harganya barangan keperluan harian dan sangat perlu kepada rakyat jelata yang berpendapatan rendah kerana jika ianya barang mewah aku pasti seratus peratus akan ditentang oleh kerajaan (katanya takut pelabur lari)
ii. Lepas tu... kau orang pindahlah stok barang-barang kau yang banyak dalam stor tu ke tempat lain (pastikan tempat yang penguatkuasa bawahan tidak syaki seperti. alah kau fikirlah sendiri)
iii. Tapi sebelum kau orang nak naikkan harga barang, berpakatlah dengan mana-mana media massa terutama media eletronik (TV... lah) buat berita tentang berlaku kekurangan bekalan barangan walaupun sebenarnya barang tu memang banyak...(alah... pandai-pandai lahhhh)
iv. Seterusnya kau orang hantarlah wakil kau orang untuk "bincang" dengan kementerian (lebih tepat menteri) yang berkenaan dengan perdagangan ni... cakaplah kau orang nak naikkan harga barang. Dan kalau dia cakap tak boleh kerana takut rakyat marah, kau terangkan macam ni... (sebenarnya aku rasa kau orang dah buat pun...) suruh menteri tu buat kenyataan (setelah kau janjikan menteri tu bahawa keuntungannya nanti..adalah masuk sikit... haha) yang kau orang ada mintak nak naikkan harga barang kerana alasan kos meningkat dan bekalan tidak mencukupi tetapi kononnya menteri tu tak setuju dan kementerian akan ambil tindakan... kemudian kau orang suruhlah menteri tu hantar orangnya untuk "buat-buat" pemeriksaan ke atas gudang-gudang yang kau orang dah pilih...
v. Selepas tu... kau orang kenalah tunggu dalam masa 2 hingga 3 minggu selepas kau orang sembunyikan barang tu... yakni selepas rakyat dah benar-benar tertipu kononnya barangan tersebut memang kurang di pasaran...
vi. Kemudian barulah kau orang suruh menteri tu buat kenyataan sekali lagi bahawa bekalan barang memang tidak mencukupi kerana pengilang terpaksa mengurangkan operasi disebabkan kos meningkat dan kerajaan "terpaksa" bersetuju untuk menaikkan harga barang... kan sonang tu... barulah kau untung dan baru kerajaan terselamat daripada dimarahi oleh rakyat kerana pada fikiran rakyat (yang tentu sahaja...) nak buat macamana... dah memang benda tu kena naik... naiklah ia... (Perhatian: ini sebenarkan salah satu prinsip muslihat atau taktik yang selalunya diterapkan oleh kerajaan... jadi, jangan kecoh-kecoh bagi tau sesiapa...)
Jadi, aku rasa cukuplah untuk kali ini... dan jika ada lain-lain petua yang baru, aku akan "ajarkan" lagi... dan aku ucapkan selamat mencuba... aku pasti kau orang akan berjaya kerana aku tengah buat benda nie dan aku rasa dah nak berjaya pun... hahahaha kan sekarang ni, kau orang minum kopi pahit.....