Mungkin anda pernia terlihat strategi pemasaran perniagaan menggunakan QR code atau kod QR yang merupakan kod empat segi berpetak2 seperti di bawah

Dapakan QR reader di smartphone anda dan imbas kod QR di atas
Kod QR (Quick Response) wujud pada asalnya dalam industri automotif untuk menyampaikan maklumat/data dengan pantas. Bayangkan seperti barcode di produk pasar raya, kod QR adalah adik beradiknya. Cuma, melalui kod QR, lebih banyak data boleh di simpan (bukan sekadar nombor sahaja seperti barcode barangan di pasaraya)
Kod QR kini digunakan secara meluas oleh kerana boleh diimbas menggunakan handphone/smartphone. Anda hanya perlu muatturun APPS QR kod percuma seperti QR Droid (dan banyak lagi).
Hari ini QR kod digunakan juga untuk pemasaran perniagaan. Sekiranya anda memiliki perniagaan, tidak sukar untuk anda hasilkan kod QR pemasaran anda sendiri- seperti di atas.
Untuk menghasilkan QR kod anda sendiri, anda boleh menggunakan [www.qrstuff.com] dan menghasilkan kod QR untuk tujuan strategi pemasaran perniagaan anda.
Mudah bukan? Kongsikan artikel ini bersama kenalan anda!