Sejak 2005 lagi, ada pihak-pihak yang tak bertanggungjawab suka menggunakan nama saya untuk kepentingan sendiri. Dan sejak 2005 juga beberapa kali saya mengambil tindakan undang-undang untuk membersihkan nama saya.
Kini, sekali lagi terjadi, melalui Facebook pula… seperti akaun tipu Irfan Khairi di bawah dengan lebih 3500+ fans..
Tahun lepas saya sememangnya ada akaun facebook, tapi oleh kerana dah sampai limit 5000 friends, saya hentikan akaun facebook saya kerana ramai yang tak dapat jadi friends & tertunggu-tunggu kerana saya tak aktifkan mereka. So, sejak itu saya pun tidak ada di Facebook untuk adil kepada semua pihak.
Sedar-sedar, ada pula yang membuka akaun facebook menggunakan nama saya & gambar saya. Perkara ini sememangnya satu penyalahgunaan dan boleh diambil tindakan undang-undang. Lebih-lebih lagi sekiranya akaun tersebut mempromosikan skim-skim yang saya sendiri TIDAK endorsekan.
Seperti yang saya lakukan sebelum ini, penyalahgunaan nama dan gambar saya akan disusuli dengan tindakan undang-undang.
Akibat kes ni, saya pun ambil keputusan untuk buka Fan page di Facebook supaya perkara ini tidak berlaku… bagi anda yang ada facebook, boleh klik di bawah…