Kekuatan MIBO #2:
Dengan memiliki hanya 1 lesen MIBO, anda mendapat hak “Authorized Reseller” untuk kesemua produk ICT dan kewangan yang disebut. Ini memberi aliran pendapatan berganda!
Kita sedia maklum dari Tip Satu Minit, untuk memaksimakan pendapatan kita, kita perlu perbanyakkan aliran pendapatan kita- Multiple Source of Income (MSI). Melalui MIBO, anda bukan sahaja membeli 1 lesen untuk hak “Authorized Reseller” 1 produk ICT sahaja… tetapi, kesemuanya telah di pakejkan dibawah MIBO membolehkan anda menjadi “Authorized Reseller” kepada:
- Aliran pendapatan 1: Streamyx
- Aliran pendapatan 2: TM Smart Call (discounted telephone line melalui VOIP)
- Aliran pendapatan 3: Celcom
- Aliran pendapatan 4: Maxis
- Aliran pendapatan 5: Astro
- Aliran pendapatan 6: Izzi 4G (perkhidmatan wireless baru di KL & Lembah Klang)
- Aliran pendapatan 7, 8 & 9: Kad Kredit (Ambank, Citibank & RHB)
Secara keseluruhan, terdapat 9 aliran pendapatan melalui MIBO!
Contoh:
Anda boleh membuka booth atau gerai di pusat membeli belah mempromosikan Streamyx.
Pada waktu yang sama, anda juga mengedarkan brochure dari rumah ke rumah untuk mempromosikan ASTRO!
Sebagai tambahan, anda memulakan laman web mempromosikan perkhidmatan wireless baru Izzi 4G!
Mungkin pada waktu yang sama juga anda mendapatkan jurujual untuk mempromosikan SmartCall dari pejabat ke pejabat.
Ini memberi pulangan berganda kepada anda!
Contoh:
Anda menyewa booth di pusat membeli belah, katakan Giant untuk mempromosikan Kad kredit citibank.
Pada waktu yang sama juga anda membuka booth di Tesco untuk mempromosi Kad Kredit Ambank.
Pada waktu yang sama juga, anda membuka booth di Careffour untuk mempromosikan Kad Kredit RHB. Anda berjaya mendapat multiple streams of income dari 3 booth sementara anda.
Untuk menjawab beberapa soalan, ada yang tanya… MIBO ni sesuai untuk perniagaan Internet atau perniagaan bukan Internet?
Pada peringkat ini, kebanyakan produk MIBO sesuai sebagai perniagaan bukan Internet. Ini kerana, kebanyakannya merupakan perkhidmatan dan memerlukan interaksi manusia.
Namun begitu, ada juga cara untuk menjadikannya sebagai perniagaan Internet. Bagi anda yang pernah menyertai Workshop Jutawan Internet, istilah yang saya gunakan adalah “Prospect Generating” atau mendapatkan prospek. Di mana, laman web anda menjadi seperti “brochure” untuk pelawat mendapat maklumat menghubungi anda.
Ini adalah satu contoh laman web saya bina untuk mempromosi salah satu produk MIBO, iaitu TM SmartCall. Cuba lihat [www.slash.com.my]
Bergantung kepada kreativiti anda, anda boleh promosikan produk-produk MIBO di Internet- tiada masalah!
Tip hari ini:
Baca kembali Tip Satu minit mengenai aliran pendapatan berganda… [www.irfankhairi.com]
Kekuatan MIBO #1:
Melalui MIBO adalah satu-satunya cara untuk mendapat 100% komisyen secara terus daripada PRINCIPAL!
Kekuatan MIBO #2:
Dengan memiliki hanya 1 lesen MIBO, anda mendapat hak “Authorized Reseller” untuk kesemua produk ICT dan kewangan yang disebut! Ini memberi aliran pendapatan berganda!
Esok saya akan ceritakan lagi kekuatan MIBO. Ada banyak lagi!… kalau tak ada banyak kekuatan, tidaklah saya setuju untuk menjadi duta