Siang tadi di Bernama Radio24, segmen Irfan on Air, topik yang dibincangkan adalah gagal dalam perniagaan. Di mana saya membuat phone interview dengan Mentor Jutawan, Billi Lim kita… it was a fun interview!
Satu soalan yang diajukan kepada saya tadi berbunyi…
IK pernah gagal ke?
Sebab terima soalan cepu emas tu on air, saya pun sebutkan on air, 3 kegagalan saya sebelum ini. Habis semua orang tau…
- Baru-baru ni adik-adik kita ambil keputusan SPM kan? Teringat saya tentang kegagalan saya dalam mata pelajaran Prinsip Akaun ketika SPM- saya mendapat F9! Yup… saya kantoi accounts
That was a major downer sebab masa cuti tunggu result SPM saya dah berangan nak jadi jutawan dah… bila tengok result accounts… aduh- F9! - Lepas SPM saya melanjutkan pelajaran ke ITM Shah Alam (PPP) mengambil jurusan perniagaan. Majoring in Economics. Biasalah… nak jadi ahli perniagaan, kena la handal Econs. Final A-Level exam… dapat result, saya FAIL my Economics. Sampai terpaksa re-sit exam 2 bulan kemudian. Strike 2! Alhamdulillah, ketika re-sit, keputusan saya cukup-cukup makan (pass… kurang 1 point untuk kantoi balik) untuk fly ke UK.
- Yang ni ramai tahu… tahun pertama saya menjalankan perniagaan Internet, saya GAGAL mendapatkan pelanggan. Dalam masa 1 tahun, saya cuma dapat 3 pelanggan sahaja. Saya ingat lagi ketika itu, satu pelanggan dari UK, satu pelanggan dari US dan sorang lagi dari Hong Kong. Keuntungan perniagaan Internet saya yang pertama adalah dalam RM600 sahaja setahun (setahun tu… bukan sebulan!)… strike 3!
Bila ingat kembali, it was a great journey. Semua kegagalan itu mengajar cara kejayaan. Syukur Alhamdulillah, dari dulu lagi saya bukan seorang yang cepat putus asa, dan harapan kita semua tak akan putus asa.
Anyway, suka saya jemput pembaca blog ini untuk berguru dengan Guru GAGAL kita pada hari esok, iaitu Billi Lim, yang akan kongsikan mengenai “Berani Menjual” (Dare to Sell)
Ini kerana, sebagai usahawan, ramai.. terlalu RAMAI yang sering putus asa dalam perniagaan. Contoh, join satu perniagaan MLM, tak berjaya… join satu lagi, tak berjaya… cuba yang lain, tak berjaya… try one last time, tak berjaya juga! Last-last give up dan terus patah hati dan hilang semangat.
Di manakah salahnya? Tak kira apa sahaja perniagaan yang anda jalankan, atau anda merancang untuk memulakan perniagaan tak lama lagi, pastinya, suntikan daripada Mentor Jutawan Billi Lim akan membuka mata anda tentang erti kegagalan yang sebenar.
Saya dah kenal Billi Lim sejak 3 tahun lepas dah. Dan saya sendiri berguru & banyak pelajari daripadanya. Jadi, sekiranya anda free malam esok ( Rabu, 17hb Mac ) di jemput ke Biz Talk bersama Billi Lim, di Boulevard Hotel, Mid Valley (Tingkat 8 ) pada jam 8.00 malam.
Biz talk adalah tajaan PBS, oleh itu, masuk adalah PERCUMA! Bila lagi nak dengar Billi Lim secara percuma kan
Insyaallah saya pun akan turut ada di sana untuk memberi sepatah dua idea tentang kegagalan dalam perniagaan.
Sekiranya anda ingin hadir, minta anda lakukan booking sahaja dengan menghantar SMS: Nama, No Phone, Email & Bilangan yang akan hadir kepada 017-3935364
Dan, special oleh kerana ianya ditaja oleh PBS, mereka yang hadir juga akan mendapat secara percuma Laporan X saya bertajuk: Demi Masa (yang juga termasuk rakaman audio 35 minit daripada saya). Ini kerana, antara faktor kegagalan kita adalah kegagalan menguruskan MASA. Dalam laporan Demi Masa, saya kongsikan langkah-langkah bagaimana saya berjaya mencapai kejayaan dalam waktu yang singkat! PERCUMA bagi anda yang hadiri sesi Biz Talk esok.
Bagi yang tak dapat hadir, boleh dapatkan Laporan X: Demi Masa di sini. Tapi tak la free kan kan…
Kita jumpa esok!







Sekiranya anda telah hadir pada sesi semalam, dan mendapat manfaat daripadanya, pastinya sesi Rabu ini juga anda akan dapat banyak idea-idea yang bernas dalam menjana pendapatan tambahan!
Dengan teknologi Internet, memulakan perniagaan Internet dari rumah menjadi semakin mudah. Bukan itu sahaja, perniagaan yang dijalankan boleh diautomasikan 100%!
Saya ada baca buku ini yang agak menarik “The Outsider’s Edge” oleh Brent D Taylor. Buku tersebut menerapkan konsep mengenai mereka yang tesisih dan mereka yang gagal… lagi mudah mencapai kejayaan!
